Pages

Tuesday, 12 December 2017

[INFO]-AKTA SYARIKAT 2016, APA PERUBAHAN YANG ANDA PERLU TAHU?



Akta syarikat 2016 sudah dikuatkuasakan pada 31 Januari 2017. Majoriti pemegang saham, pengarah syarikat dan usahawan diluar tidak mengetahui perubahan yang berlaku pada akta baru tersebut. Setelah 51 tahun kita mengunakan Akta Syarikat 1965, akhirnya akta baru untuk syarikat telah diperbahurui. Kini untuk sebarang perkara dan rujukan berkaitan syarikat adalah dibawah Akta Syarikat 2016. Namun persoalan kini ialah apa yang perlu kita tahu dengan kewujudan Akta Syarikat 2016 ini.


Untuk menjawab persoalan tersebut, saya akan menerangkan lebih terperinci tentang beberapa perkara yang perlu diambil tahu. Perubahan akta ini dilakukan atas 4 objektif penting iaitu:-


Memudahkan orang awam dan mengurangkan kos untuk membuka syarikat.

Memudahkan cara kepada umum dalam memulakan perniagaan dari segi perubahan peraturan Pengurusan berkaitan urusan syarikat akan lebih mudah dan fleksibiliti.

Meningkatkan kawalan dalaman, urustadbir korporat dan tanggungjawab korporat dari segi menguruskan perniagaan.

.

Atas 4 objektif utama tersebut, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melakukan perubahan dalam untuk akta. Perubahan tersebut sebenarnya sangat signifikan untuk diketahui orang ramai. Tentunya perubahan ini dilakukan SSM dalam usahakan meramaikan bakal usahawan untuk melakukan perniagaan di Malaysia.

.

Perubahan yang perlu diketahui umum adalah seperti dibawah:-

.

1) Hanya seorang Pengarah dan Pemegang Saham

.

Sebelum kewujudan Akta Syarikat 2016, antara perkara wajib dalam pemerbadanan syarikat ialah minimum mempunyai 2 orang pengarah dan 2 pemegang saham. Dalam proses memudahkan pembukaan syarikat, SSM menetapkan hanya seorang sahaja sudah boleh membuka Sdn Bhd. Bermaksud hanya seorang pemegang saham dan seorang pengarah sahaja sudah boleh memulakan proses pembukaan Sdn. Bhd.

.

Namun untuk pemerbadanan Berhad, tetap memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang pemegang saham dan 2 orang pengarah syarikat. Tiada perubahan untuk syarikat yang berstatus Berhad.

.

Kelebihan yang diberi ini juga perlu diambil kesempatan oleh mereka yang berniaga secara perseorangan dan memerlukan entiti perniagaan berstatus Sdn Bhd. Ia juga memberi jalan penyelesaian pada syarikat yang mempunyai masalah dengan rakan kongsi mereka.

.

2) Tiada Harga Par untuk unit modal

.

Dalam Akta Syarikat 2016, tiada lagi sekatan untuk menetapkan jumlah RM untuk 1 unit modal berbayar. Bermakna selepas ini, 1 unit sudah menjadi pilihan pemegang saham untuk tetapkan berapa jumlah harga perunit syer syarikat mereka.

.

Sebelum ini, sebarang pembelian syer berbayar ditetapkan oleh SSM ialah RM1 untuk 1 unit syer.

.

3) Tiada lagi Modal Dibenarkan

.

Dalam Akta Syarikat 1965, untuk kita meletakkan jumlah modal berbayar sebagai modal syarikat bergantung pada jumlah maksimun modal dibenarkan. Bermaksud jika modal dibenarkan kita hanya 400,000 unit, maka kita tidak boleh meletakkan modal berbayar melebihi 400,000 unit. Dalam akta syarikat sebelum ini juga menetapkan setiap modal dibenarkan mempunyai bayaran yang berbeza perlu dibayar ke SSM. Jadual bayaran tersebut seperti dibawah:-

.

Fi Modal

.

Untuk Akta Syarikat 2016, tiada lagi wujud modal dibenarkan. Ini bermakna syarikat boleh mempunyai syer berbayar tanpa memikirkan jumlah modal dibenarkan sebagai tanda aras. Kemudahan ini diberikan untuk menjimatkan kos penubuhan syarikat dan memudahkan syarikat dalam meningkatkan modal berbayar.

.

Sebelum ini sering wujud kesukaran untuk naikkan modal berbayar melebihi tanda aras modal dibenarkan. Ini disebabkan perlu menunggu tingkatkan modal dibenarkan di SSM sebelum dapat tingkatkan modal berbayar. Kini proses meningkatkan modal berbayar tidak perlu mengambil masa yang lama dan mudah.

.

4) Penyerahan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Beraudit

.

Dalam Akta Syarikat 1965, syarikat menyerahkan laporan tahunan “annual return” dan penyata kewangan beraudit dalam tempoh 7 bulan 14 hari selepas tempoh akaun syarikat ditutup. Ini bermakna, jika syarikat tutup tempoh akuan pada 31 Disember 2016, laporan tahunan dan penyata kewangan beraudit hendaklah diserahsimpan di SSM pada 14 Februari 2017.

.

Dengan kewujudan Akta Syarikat 2016, tempoh untuk penyerahan laporan tahunan dan penyata kewangan sudah berubah. Selepas ini sebarang penyerahan laporan tahunan adalah mengikut tarikh penubuhan syarikat. Manakala penyerahan laporan kewangan beraudit adalah 6 bulan selepas tempoh akhir akaun syarikat ditutup. Dengan kewujudan akta ini, boleh mengurangkan risiko kelewatan menghantar laporan tahunan ke SSM. Dimana kelewatan sering berlaku disebabkan tidak dapat menyiapkan penyata kewangan beraudit mengikut waktu yang telah ditetapkan.

.

5) Mesyuarat Tahunan “Annual General Meeting”

.

Mesyuarat ini dilakukan untuk pembentangan oleh setiausaha syarikat mengenai penyata kewangan beraudit, dividen, status pengarah serta pemegang saham. Mesyuarat ini dilakukan untuk setiap tahun dan dalam tempoh 6 bulan selepas tempoh akhir akaun syarikat. Mesyuarat ini wajib untuk dilaksanakan dan dengan kehadiran majoriti pemegang saham serta kesemua pengarah.

.

Untuk Akta Syarikat 2016, mesyuarat ini tidak wajib lagi dilaksanakan. Ini bermakna syarikat boleh memilih untuk melakukan mesyuarat tahunan atau tidak. Antara sebab akta ini dimansuhkan ialah disebabkan kewujudan kemudahan hanya seorang pengarah dan seorang pemegang saham sudah boleh ada dalam syarikat. Dengan wujud kemudahan, sebarang keputusan hanya atas tanggungjawab seorang pengarah dan pemegang saham tersebut. Oleh sebab itu, SSM menetapkan tidak diwajibkan lagi untuk diadakan mesyuarat tahunan.

.

6) Proses Pemerbadanan Syarikat

.

Proses pemerbadanan Syarikat dipermudahkan lagi untuk Akta Syarikat 2016. Selain hanya seorang pengarah dan seorang pemegang saham. Pemilik boleh membuka Sdn Bhd tanpa perlu mengguna khidmat Setiausaha Syarikat Bertauliah. Pemilik boleh memilih untuk membuka Sdn Bhd dengan menggunakan sistem MYcoid yang diperkenalkan oleh SSM. Namun syarikat ini tetap perlu memilih seorang Setiausaha Syarikat Bertauliah dalam masa 30 hari dari tarikh ia diperbadanankan. Jika tidak ia akan menjadi kesalahan pada syarikat dan pengarah boleh dipertanggungjawab atas kesalahan tersebut.

.

7) Cop meterai pemerbadanan “Common Seal”

.

Sebelum wujud Akta Syarikat 2016, cop meterai pemerbadanan wajib ada untuk setiap syarikat yang berdaftar. Cop ini sering digunakan pada perjanjian serta sijil saham. Bermula 31 Januari 2017, tiada kewajipan untuk syarikat mempunyai cop meterai pemerbadanan. Dengan wujudnya kemudahan ini, akan mengurangkan kos untuk pemerbadanan syarikat dan mengelakkan dari salahguna cop tersebut.

.

8) Sijil Syer “Share Certificate”

.

Sijil Syer/ sijil Saham tidak lagi wajib untuk disediakan oleh setiausaha syarikat bertauliah. Ia menjadi pilihan samaada pemegang saham tersebut ingin memiliki sijil tersebut atau tidak. Namun setiausaha syarikat diwajibkan untuk merekod nama pemegang saham tersebut didalam Buku Daftar Pemegang Saham “Register of Member”.

.

9) Memorandum dan Artikel

.

Memorandum ialah dokumen yang diperlukan untuk menentukan hubungan syarikat dengan luar. Manakala artikel ialah perlembangaan syarikat dan pengurusan dalaman syarikat. Ia menjadi kewajipan untuk disediakan dalam proses pemerbadanan syarikat. Namun dengan kewujudan Akta Syarikat 2016, memorandum dan artikel ini tidak lagi menjadi kewajipan untuk disediakan dalam proses pemerbadanan syarikat.

.

10) Sijil Pemerbadanan

.

Dengan kewujudan Akta Syarikat 2016, tiada lagi sijil pemerbadanan disediakan sebagai dokumen bukti pemerbadanan syarikat tersebut. Namun pihak SSM belum menetapkan lagi bentuk notis yang akan disediakan untuk membukti pemerbadanan syarikat tersebut.

.

Dengan wujud beberapa perubahan dalam Akta Syarikat 2016, sememangnya memudahkan orang awam untuk memilih membuka Sdn Bhd dengan mudah. Dalam masa yang sama memberi peluang banyak pada usahawan untuk memilih entiti perniagaan yang sesuai. Sebelum ini sering wujud kesukaran membuka Sdn Bhd disebabkan terlalu banyak prosuder dan peraturan yang menyukarkan. Diantara masalah yang wujud ialah kesalahan memilih rakan kongsi untuk dijadikan pengarah syarikat dan pemegang saham. Akta Syarikat 2016 ini telah mengambilkira banyak perkara yang berbangkit dan memikirkan penyelesaian masalah yang wujud.

.

===============================

HUBUNGI KAMI, KAMI BANTU ANDA

===============================

✍ Pilih nama yang sesuai.

✍ Permudahkan urusan penubuhan.

✍ Jimatkan kos anda melalui konsep “One stop center”.

✍ Khidmat nasihat jangka panjang pensyarikatan.

.

================================

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

================================

➖ PENUBUHAN SYARIKAT SDN BHD.

➖ SETIAUSAHA SYARIKAT.

➖ KEMASKINI AKAUN.

➖ AUDIT/GST/TAX PALANNING.

➖ PERMOHONAN LESEN KEWANGAN (MOF).

➖ PERMOHONAN LESEN CIDB

.

================

KELEBIHAN KAMI

================

[ ☑ ] Mempunya team yang berpengalaman lebih dari 18 tahun di syarikat kecil hingga lah ke syarikat tersenarai di BURSA SAHAM.

[ ☑ ] Telah mendaftarkan lebih 100 Syarikat dalam jangka masa setahun.

[ ☑ ] Membantu usahawan dalam “BUSINESS MATCHING”.

[ ☑ ] Latihan pengurusan dokumentasi secara PERCUMA

.

=================================

🔘 Klik web kami : http://adsinarsecretarial.my/

=================================

📞 Wasap http://wasapass.adsinar.my – En. Haziq

📞 Wasap http://wasapass1.adsinar.my – Cik Zaty

.

.

#lesenkontraktor

#lesenkewangan

#ePerolehan

#daftarlesencidb

#daftarlesenmof

#Infosyarikat

#JomRegisterSdnBhd

#SecretaryCompany

#JomNiaga

#GayaKorporat











ADSINAR SECRETARIAL SERVICES PLT
Reg. No : LLP0010151-LGN
Tel : 016-339 1178 / 016-376 7736
https://www.adsinarsecretarial.my

#AKTASYARIKAT2016
Adsinar Secretarial Services - http://adsinarsecretarial.my/info-akta-syarikat-2016-apa-perubahan-yang-anda-perlu-tahu/

Saturday, 23 September 2017

[TAK TAHU NAK PILIH] SDN BHD KE, ENTERPRISE KE ATAU PLT❓MASIH BINGUN‼



Apa kelebihan dan kekurangan pada syarikat SDN BHD, ENTERPRISE DAN PLT ya…


Jom saya terangkan –


Kebiasaannya usahawan-usahawan kecil memulakan perniagaan mereka  dengan menubuhkan Syarikat Enterprise samada pemilikan tunggal ataupun perkongsian.  Cara  inilah yang  biasa dilakukan oleh usahawan kecil apabila mula-mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Runggutan atau rintihan yang selalu kita dengar dari Usahawan kecil ialah kekurangan modal dan ini telah sinonim dalam kehidupan usahawan kecil.


 


Setelah  lama berniaga perniagaan usahawan kecil telah berkembang dan semakin maju  dan berjaya maka sudah sampai waktunya  untuk para usahawan ini berjinak-jinak untuk menaiktaraf perniagaan mereka kepada syarikat  sendirian berhad (Sdn Bhd)


Kelebihan menubuhkan atau berniaga menggunakan syarikat sdn bhd  berbanding enterprise,pemilik tunggal dan perkongsian:


PEMILIK TUNGGAL ATAU ENTERPRISE


  1. TANGGUNGAN ATAU LIABILITI TIDAK TERHAD: Dari segi undang-undang, perniagaan enterprise tidak terpisah dari pemilknya. Jika berlaku masalah muflis dan perniagaan terpaksa ditutup kerana, pemilik akan turut sama menjadi muflis dan harta benda mereka akan disita.

  2. TIDAK ADA KESINAMBUNGAN (CONTINUITY): Perniagaan milik tunggal atau enterprise akan terbubar jika berlaku kematian  salah seorang pemiliknya.

  3. KURANG KREDIBILITI ATAU KURANG DIYAKINI : Perniagaan enterprise secara dasarnya ialah perniagaan yang boleh ditubuhkan dengan kos yang paling rendah. Perniagaan enterprise juga tidak mempunyai kewajipan untuk menfailkan laporan auditdan kewangan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Pihak Bank kurang yakin untuk memberi pinjaman yang berjumlah besar walaupun projek berdaya maju.

  4. TIADA PENGECUALIAN CUKAI: Perniagaan enterprise boleh dikatakan susah  tidak ada pengecualian cukai diberikan.

  5. TIDAK BOLEH MEMBERI DIVIDEN: Disebabkan keupayaanya yang terhad , Perniagaan milik tunggal atau enterprise tidak boleh member Dividen kepada Pemegang Saham.

 


SENDIRIAN BERHAD


  1. TANGGUNGAN ATAU LIABILITI TERHAD: Mengikut akta syarikat 1965 , syarikat sdn bhd  merupakan sejenis perniagaan berhad dengan modal saham. Maksudnya jika berlaku penutupan syarikat kerana muflis, pemilik dan aset atau harta pemilik syarikat akan selamat. Hanya harta benda syarikat sahaja yang disita atau ditahan.

  2. ADA KESINAMBUNGAN ATAU BERTERUSAN DARI SEGI OPERASI SYARIKAT (CONTINUITY): Saham sesebuah syarikat  sdn bhd dengan jumlah pegangan seseorang individu merupakan satu tanda pemilikan dalam syarikat sdn bhd tersebut. Pemegang saham atau Pemilik sesebuah syarikat  sdn bhd itu boleh memindah saham  yang dimilikkinya atau dipegangnya  pada bila-bila masa sahaja. Dengan itu syarikat  tidak  akan  terjejas walaupun mana-mana sipemegang saham atau pemilik  sesebuah syarikat  sdn bhd itu meninggal dunia.

  3. IMEJ ATAU KREDIBILITI SYARIKAT SDN BHD AKAN MENINGKAT : Pada dasarnya syarikat sdn bhd atau berhad ditubuhkan dengan sejumlah kos yang lebih tinggi dari enterprise. Syarikat  sdn bhd juga diwajibkan melantik setiausaha syarikat dan Juruodit Bertauliah untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Syarikat 1965. Lapuran kewangan dan tahunan syarikat  sdn bhd  setiap tahun diwajibkan untuk difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dengan sendirinya akan menjadikan kredibiliti syarikat sdn bhd lebih tinggi dan meyakinkan  pihak ketiga untuk berurusan dengan mereka. Pihak Bank lebih yakin untuk memberi pinjaman yang berjumlah besar.

  4. MEMPEROLEHI BEEBAGAI JENIS PENGECUALIAN CUKAI: Diantara  kelebihan yang besar yang akan diperolehi oleh syarikat sdn bhd ialah pengecualian cukai .

  5. BOLEH MEMBERI DIVIDEN:: Disebabkan keupayaanya yang luas dan dinamik , Syarikat  sdn bhd juga boleh memberi Dividen kepada Pemegang Sahamnya jika ada lebihan untung bersih.




ADSINAR SECRETARIAL SERVICES PLT
Reg. No : LLP0010151-LGN
Tel : 016-339 1178 / 016-376 7736
https://www.adsinarsecretarial.my

#KelebihanSyarikatSdnBhd
Adsinar Secretarial Services - http://adsinarsecretarial.my/tak-tahu-nak-pilih-sdn-bhd-ke-enterprise-ke-atau-plt%e2%9d%93masih-bingun%e2%80%bc/

Thursday, 21 September 2017

SALAM MAAL HIJRAH | 1 MUHARRAM 1439H



Hari ini merupakan Hari Khamis hari yang *TERAKHIR* dalam tahun 1438H.


 


*SELAMAT DATANG 1439H*


 


Dengan segala Kerendahan hati, pada hari terakhir tahun 1438H, Dari saya seKeluarga MEMOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua atas salah dan silap di sepanjang tahun 1438H.


 


Semoga dengan kedatangan tahun baru Islam 1439H pada hari Jumaat 22 September 2017 akan memberi sinar baru, *HIJRAH* dalam diri kita semua menuju kebaikan. Semoga kita sentiasa dalam lindungan, rahmat, dan Redha Allah. Dan semoga dalam setiap langkah ikhtiar kita di Tahun 1439 H.


 


Kita akan mendapat kelimpahan, keluasan dan keberkahan rezeki untuk bekal dalam kita beribadah di jalan Allah, dengan suasana yang tenang dan damai dalam kehidupan.


 


Sama-samalah kita berdoa *Akhir Tahun* pada petang ini sebelum waktu maghrib bagi menutup tirai 1438H…..dan kita berdoa *Awal Tahun* selepas Solat Maghrib bagi membuka tirai 1439H…..semoga segala niat dan hajat kita di tahun yang baru ini dimakbul dan diberkati Allah SWT hendaknya……aamiin.


 


*SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRIYAH 1439*




ADSINAR SECRETARIAL SERVICES PLT
Reg. No : LLP0010151-LGN
Tel : 016-339 1178 / 016-376 7736
https://www.adsinarsecretarial.my


Adsinar Secretarial Services - http://adsinarsecretarial.my/salam-maal-hijrah-1-muharram-1439h/

Wednesday, 20 September 2017

KAYA DENGAN CUKAI

Bisnes yang diuruskan dengan tertib termasuklah dari aspek dokumen seterusnya simpan kira dan declare cukai yang membawa kepada pembayaran cukai, mampu mengkayakan pemilik.


 


Segala perihal dokumen bisnes perlu di uruskan agar pernigaan yang di uruskan membayar cukai pada tahap yang optimum bersesuian dengan motif dan objektif syarikat. Pihak agensi kewangan rata-rata meluluskan pembiayaan sekiranya perniagaan membayar cukai berbanding dengan perniagaan yang tidak menguruskan hal percukaian dengan baik.


 




Ramai usahawan yang membuat pelarian cukai yang akhirnya membawa kepada kes tuntutan dan saman oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri dan kadangkala membawa kepada tahap muflis pada peniaga berkenaan.




ADSINAR SECRETARIAL SERVICES PLT
Reg. No : LLP0010151-LGN
Tel : 016-339 1178 / 016-376 7736
https://www.adsinarsecretarial.my


Adsinar Secretarial Services - http://adsinarsecretarial.my/kaya-dengan-cukai/

Test Post from Adsinar Secretarial Services

Test Post from Adsinar Secretarial Services
http://adsinarsecretarial.my